Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi 4
No.Daftar : PPM-023-02-02102017
Terletak di Taman Serai Wangi Fasa 4 terletak di Padang Serai, dalam daerah Kulim,
negeri Kedah,
Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada pembangunan perumahan Taman Serai Wangi (fasa
3 & 4), yang merupakan kawasan landed–teres di daerah tersebut .
Lokasinya berhampiran Serai Wangi Mall, serta kemudahan asas tempatan seperti bank (RHB,
BSN), sekolah rendah dan menengah (SMK Padang Serai, SMK Dato Lela), surau, serta kedai
runcit dan stesen minyak .
Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan pada 09 September 2017 dengan kehadiran penduduk seramai 64 orang di perkarangan Lorong 13/11. 22 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik untuk mengemudi Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi Fasa 4 Padang Serai.
Pada 25 September 2017, permohonan secara rasmi telah dihantar kepada ROS( Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)
NO.DAFTAR : PPM-023-02-02102017
Kawasan dilengkapi pengawal keselamatan dan barrier gate bagi memastikan keselamatan
penduduk.
Segala urusan persatuan diurus secara telus melalui mesyuarat berkala dan saluran komunikasi rasmi seperti kumpulan WhatsApp dan notis umum.
Pelbagai program seperti gotong-royong, sambutan perayaan, dan sukaneka diadakan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk.
Senarai AJK Utama untuk dihubungi