Terma & Syarat

  1. Mewujudkan perpaduan yang muhibbah di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
  2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
  3. Mempertingkatkan kesedaran dikalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan mereka.
  4. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
  5. Menjadi perantara atau penghubung antara penduduk dengan pihak berwajib berkenaan masalah penduduk.
  6. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.

Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:

  1. Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di Taman Serai Wangi Fasa 4 (Double-Storey, Semi-D, Double-Storey Semi-D, Banglo dan Banglo Double-Storey) atau pemilik rumah yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. Penduduk-penduduk di luar kawasan ini atau bukan pemilik rumah di kawasan ini tidak boleh terima menjadi ahli.
  2. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya dan nama warisnya yang lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha.
  3. Setiausaha hendaklah memproses permohonan keahlian dan membawanya untuk pertimbangan Jawatankuasa. Mesyuarat Jawatankuasa berhak menolak sesuatu permohonan untuk menjadi ahli tanpa sebarang sebab.
  1. Bayaran masuk : Percuma
  2. Yuran Tahunan : RM 20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
  3. Yuran Guard : RM50/sebulan
  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
Laman Utama