PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SERAI WANGI FASA 4 PADANG SERAI
- Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN
SERAI WANGI FASA 4 PADANG SERAI
Selepas ini disebut
"Pertubuhan".
- Takrif Nama :
- Taraf Pertubuhan : Lain-lain
-
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
PONDOK PENGAWAL, LORONG SERAI WANGI 15/11, TAMAN SERAI WANGI FASA
3 & 4
09400 PADANG SERAI KEDAH
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
PONDOK PENGAWAL, LORONG SERAI WANGI 15/11, TAMAN SERAI WANGI FASA
3 & 4
09400 PADANG SERAI KEDAH
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
-
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak
boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
- Mewujudkan perpaduan yang muhibbah di antara penduduk yang terdiri
daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan,
kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk
setempat.
- Mempertingkatkan kesedaran dikalangan penduduk tentang pentingnya
peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah,
gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di
kalangan mereka.
- Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
- Menjadi perantara atau penghubung antara penduduk dengan pihak
berwajib berkenaan masalah penduduk.
- Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
- Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
- Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua penduduk
yang tinggal di Taman Serai Wangi Fasa 4 (Double-Storey,
Semi-D dan Double-Storey Semi-D) atau pemilik rumah yang
berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
Penduduk-penduduk di luar kawasan ini atau bukan pemilik
rumah di kawasan ini tidak boleh terima menjadi ahli.
- Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan
mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya dan nama warisnya
yang lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha.
- Setiausaha hendaklah memproses permohonan keahlian dan
membawanya untuk pertimbangan Jawatankuasa. Mesyuarat
Jawatankuasa berhak menolak sesuatu permohonan untuk menjadi
ahli tanpa sebarang sebab.
- Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah
memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada
Setiausaha
dan menjelaskan segala hutangnya.
- Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau
bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan
boleh
dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat
atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah
diberitahu
akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara
bertulis.
Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan
dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
dilaksanakan
melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu
atas
rayuan oleh ahli tersebut.
- Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
- Bayaran masuk : Percuma
- Yuran Tahunan : RM 20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
- Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari
sebelum 31hb. Januari pada setiap tahun.
- Ahli yang tidak membayar yuran tahunannya selepas
31hb. Januari akan menerima surat peringatan yang
ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha dan hilang
hak-hak istimewa sebagai ahli sehingga hutangnya
telah dijelaskan.
- Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari
jumlah yuran bagi 2 tahun atau lebih dengan
sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan
dan jawatankuasa boleh memerintah supaya tindakan
yang sah dapat diambil terhadapnya dengan syarat
mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan terlebih dahulu.
- Jawatankuasa mempunyai kuasa yang menetapkan yuran
masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan
keahlian terlucut disebabkan hutang.
- Yuran khas ataupun kutipan wang dari ahli-ahli untuk
perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang ditetapkan, maka wang itu dianggap sama
seperti hutang yuran tahunan.
- Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam
apa-apa bentuk dan sumbangan yang diterima hendaklah
diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.
- Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti
menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan
tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
- Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung
ahli-ahli.
Sekurang- kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang
berhak
mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang
kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
- Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan
kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan
oleh
Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam
daripada
waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan
itu,
maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi
tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
- Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam
tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan
terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
- mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti
pertubuhan yang lalu;
- mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang
telah diaudit;
- memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika
berkenaan);
- menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat itu.
- Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli
sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit
mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-
kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan
dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca
oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
- Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
- bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
- atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak
kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak
mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.
Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Pertubuhan.
- Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah
diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari
tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
- Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya
14
hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
- Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung
Khas,
tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam
dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan
dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
- Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan
minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh
3
bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
-
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
- Seorang Pengerusi
- Seorang Timbalan Pengerusi
- Seorang Setiausaha
- Seorang Penolong Setiausaha
- Seorang Bendahari
- Seorang Penolong Bendahari
- 17 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
-
Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri
dari Warganegara Malaysia.
-
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh
ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh
dipilih semula setiap tahun.
-
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja
harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah
boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung
dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa
mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa
hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun
yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
-
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam
setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada
ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan
bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa
pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
-
Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka
Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat
mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan
Jawatankuasa:
- Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan
terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
- Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli
Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan
mereka terhadap itu; dan
- Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa
berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
-
Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan
sebagai telah meletakkan jawatan.
-
Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan
jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak didalam pemilihan
yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika
calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka
berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan
kekosongan itu. Tahunan diadakan.
-
Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan
pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan
melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh
menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau
kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
-
Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan
mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli
Jawatankuasa.
-
Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen
Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar,
salinan Penyata Tahunan, surat- surat maklumbalas, buku-buku akaun,
buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan
sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
- Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi
Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit
mesyuarat
bila ia diluluskan.
- Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.
- Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan
mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat
agung
dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat
menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali
buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan
buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut
kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad
pengenalan,
pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman
tiap-tiap
ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan
mesyuarat.
- Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan
kerjakerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
- Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan
penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan
dan
perbelanjaan serta kunci kira-kira.
- Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan
kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
- Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam
menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
- Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan
ini
wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
berfaedah
bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja
pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai
dan
kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
- Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
RM1,000(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang
yang
lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke
dalam
akaun bank atas nama Pertubuhan.
- Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan
hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa
antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan
tersebut.
- Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh
Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak
diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang
lebih daripada RM 50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja)
bagi
sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
mesyuarat
agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 10,000 (Ringgit Malaysia
Sepuluh
Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama
oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
- Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari
dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11
perlembagaan
ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata
kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman
ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan
yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
- Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu
bermula dari 1 Januari .
- Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di
dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang
jawatan
selama satu tahun boleh dilantik semula.
- Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan
bagi satu tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan
menandatangi
penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung
Tahunan.
Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit
penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh
perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
- Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama
Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta
ini
dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan
oleh
seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu
disempurnakan
oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana
perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan
oleh
Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
- Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik
balik
atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
- Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh
memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa,
jika
perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam
perlembangaan ini.
- Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan
dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan
Jawatankuasa
terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
Mesyuarat Agung.
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang
layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang
yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih
dahulu.
- Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah
Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
- Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan
apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau
mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi
di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
- Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan
kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau
pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari
pihak berkuasa yang berkenaan.
- "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan
1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana
ahlinya.
- Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil
dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan
kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan
tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus
kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini
tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan
pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja
Pertubuhan.
- Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh
keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
- Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan
tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang
berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas
kerananya.
- Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di
atas,
maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut
perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung
berkenaan.
- Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
Laman Utama